Tuesday 10 July 2012

niat...



Assalamualaikum...


          Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


      
          Ya, anda betul..Segala sesuatu itu bermula dengan niat..Maka sama-samalah kita perbetulkan niat kita, bersihkan hati dari segala sifat2 hasad dengki, buruk sangka etc..Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."


          Ramadhan yang mulia bakal menjelma tak lama lagi..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Dan semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada kita semua..Ameen..(terasa diri banyak dosa t__t)




p/s : teringat masa kecik2, orang laen sibuk berterawikh, aku & the geng sibuk maen mercun tak ingat dunia..nostalgia sangat :)



          

No comments:

Post a Comment