Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum :)

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar arini dah 9 Ramadhan..Dah 9 ari Ramadhan menyapa kita..Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menyambut Ramadhan kali nie..Yang istimewanya tahun nie, ianya merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan sebagai isteri orang hihi..Tapi sehingga ke saat ini masih belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama Syed J..Dia di KL, aku di Kemaman sebab tuntutan kerja..Insyaallah Sabtu nie, 11 Ramadhan akan dapat menjalani ibadah berpuasa bersama, sahur, berbuka & terawikh bersama2..

Almost 2 bulan kawen, masih belum diberikan rezeki oleh Allah untuk pregnant setakat nie..Tapi di bulan yang mulia nie harap2 doa aku dimakbulkan untuk mendapat zuriat amin..Umur pun dah 26, Syed J nak masuk 29 dah mungkin dah masa yang sesuai untuk membina keluarga..

Bulan puasa nie balik kerja awal, pukul 4..lagi 5 minit nak balik..Selamat menyambut Ramadhan untuk semua..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

Selamat Berpuasa.

Monday, 23 July 2012

ahlan wasahlan ya Ramadhan...


Assalamualaikum :)

Ramadhan 2012, 1433H
          
          Hari nie dah 3 Ramadhan 1433H sebenarnya, tapi tak terlambat kot kalau nak cakap Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia..Alhamdulillah, sempat juga bertemu dengan bulan yang mulia ini apabila umur hampir mencapai 25 tahun..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya, Ameen...

          Tahun nie, time berbuka puasa meriah sebab semua ada termasuk adik aku yang study kat UMS Sabah..Dia cuti praktikal 3 bulan, so memang ceria jer time berbuka..Penuh meja..Hari nie jugak birthday umi aku yang ke-46..Selamat Hari Lahir, Umi..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baek..Sayang umi xoxo :D

          Bulan Ramadhan nie ialah bulan penuh ganjaran bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh mengerjakan amal kebajikan..Salah satu ibadat yang hanya ada di bulan nie ialah solat terawikh..Aku harap tahun nie aku rajin pegi masjid untuk solat terawikh daripada tahun2 lepas insyaAllah..(hihi lepas berbuka jer, otomatik jadi macam ulat gonggok malas nak bangun ^_^)

          So, banyak-banyakkanlah amal-ibadat kita di bulan yang penuh keberkatan ini..Banyak bersedekah, baca Al-Quran..Aku harap aku mampu buat semua tu walaupun tak banyak..Tanamkan niat untuk berubah menjadi lebih baek..Sebab semuanya bermula dengan niat di hati..insyaAllah ada jalannya..

selamat berpuasa semua :D



Tuesday, 10 July 2012

niat...



Assalamualaikum...


          Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


      
          Ya, anda betul..Segala sesuatu itu bermula dengan niat..Maka sama-samalah kita perbetulkan niat kita, bersihkan hati dari segala sifat2 hasad dengki, buruk sangka etc..Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."


          Ramadhan yang mulia bakal menjelma tak lama lagi..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Dan semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada kita semua..Ameen..(terasa diri banyak dosa t__t)




p/s : teringat masa kecik2, orang laen sibuk berterawikh, aku & the geng sibuk maen mercun tak ingat dunia..nostalgia sangat :)



          

Monday, 9 July 2012

Oh! Duit...


Assalamualaikum...


          I think, everybody knows nowadays world, it's all about money..Takde duit cakap pun takde guna, ye dok? Buleh dikatakan semua benda melibatkan duit, even guna public toilet kene bayar 30sen kan? Taraf hidup makin lama makin tinggi..Realiti hidup yang harus diterima, sape2 ada duit dia berkuasa walaupun ada sesetengah orang akan cakap duit bukanlah segalanya..Tapi, to live on today's situation I think people can't live without money..It becomes such a powerful tool that you really need to ensure you live a good life..


          So, how you manage your money? How good is your planning when it comes into financial issue? Aku memang bukan seorang yang expert dalam financial planning tapi based on my experiences, based on people around me yang struggling dalam financial management, aku buleh list down a few things about financial planning :


Demn true, isn't it?
          
          Here are the things (i'm not an expert, just giving my opinions) :


1) Sebelum dapat gaji, list down apa2 yang kene bayar (cars, home, utilities etc.) 
2) Balance from wages, make sure simpan sikit for future. (ini wajib!)
3) Beli barang2 yang rasa memang perlu, yang sampingan setakat utk berlagak kat member2 tak payahla kot.
4) Kalau buleh, say a big "NO" to credit cards.
5) Elakkan selalu masuk kedai2 branded utk elakkan pembaziran..Skali-skale takpela..
6) Elakkan berhutang, kalau rasa tak mampu tak payah beli..(ukur baju di badan sendiri)
7) Dapat gaji, jangan lupa bagi sikit kat mak ayah..insyaAllah gaji anda akan diberkati oleh-Nya..dapat sikit pun rasa mcm banyak jer ^__^


“Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)



for a bright future :)




          

Sunday, 8 July 2012

kerja itu anugerah...


Assalamualaikum...


          Lahirkanlah rasa syukur ke hadrat Ilahi sekiranya anda mempunyai pekerjaan sekarang ini..(kerja yang halal sahaja okayyyhh, takkan berjaya rompak bank pastu cakap alhamdulillah!) kerana masih ramai lagi yang tidak mempunyai pekerjaan walaupun mempunyai kelayakan..Kerja itu amanah, laksanakanlah dengan tabah dan ikhlas..Pasti akan merasa tenang dan tenteram..


          Dan syukur alhamdulillah jugak, selama hampir 2 bulan aku bekerja di Pioneer Engineering Sdn Bhd sebagai Billing / Invoicing Exec. a.k.a ceti separa haram under Finance Dept. (haha!), I started to love my work..Walaupun pada dasarnya, kerja nie takde kene mengena langsung dengan degree aku (B.Sc Food Science & Technology), tapi I take that as a challenge..Sebelum nie pun ade la belajar sikit2 pasal invoice etc. kat kompeni lame..Pada mulanya memang agak kelam-kabut, tapi lama-kelamaan kerja aku dah jadi smooth and silky hehe..Thanks a lot kepada officemate a.k.a Hakim si engineer yang banyak tolong aku huhu..Even though I know you will not read this, but thanks a million friend :D


          Moral of the story, appreciate what u have..Jangan mengharap yang sempurna sajer datang tapi jadikanlah apa yang anda ada itu sesuatu yg sempurna :)
          
saya engineer Meow..selamat bekerja, kerja dengan selamat (=_=)

Wednesday, 4 July 2012

Kelebihan Nisfu Sya'ban...


Assalamualaikum...

          
          Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.    

          Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"...Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri...”

          Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:

“...Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

          Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).



Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1)  Memperbanyakkan puasa sunat.   
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
 
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.  
  • Sabda Rasulullah SAW: 
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”  

3)  Bertaubat   
  • Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


p/s : Just copy & paste from other people..Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan..Wallahualam...Salam Nisfu Sya'ban 1433H untuk semua umat Islam :)

ciri-ciri suami abad ini...


Assalamualaikum...


          Kalau sebut Ustaz Azhar Idrus, kompem ramai yang kenal..Aku kalau tengah serabut buleh senyum sorang2 kalau dengar ceramah dia kat youtube hehe..Dia ade bagi ceramah tentang ciri-ciri yang perlu ade untuk seorang lelaki menjadi suami, kira macam minimum requirements la untuk kawen..

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) <---- Kah kah kah :D

          Haa, amacam?? Sempoi abes Ustaz Azhar nie..Aku nie bukanlah baek sangat (takde sape perfect pon kat dunia nie) tapi bila dengar ceramah2 agama gitu, hati jadi tersentuh..Sayu jer huhu..baru sedar diri banyak yang kurang..Tapi insyaAllah semoga Allah sentiasa melembutkan hati aku untuk mendekati perkara2 yang baek..

^___________^

p/s : ILY habibi..semoga kamu menjadi yang terbaek untukku ameen :)

9 orang "Siti" yang patut dijadikan contoh tauladan...

Assalamualaikum...


 1) Siti Khadijah

  • Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
  • Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
  • Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
  • Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
  • Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
  • Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
  • Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
  • Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
  • Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t

Sumber: http://www.hafizamri.com


          Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita, termasuk diri aku sendiri. Walaupun aku bukan Siti, aku Syarifah tapi contoh peribadi yang elok akan dijadikan teladan insyaAllah...

Tuesday, 3 July 2012

13 perkara yang perlu wanita Islam pelihara...



Assalamualaikum...


          Sebagai perempuan Islam, menutup aurat ialah wajib..Tidak lengkap definisi menutup aurat dengan hanya memakai tudung, tetapi banyak lagi yang perlu kita ketahui..Pesanan untuk semua, termasuk diri aku sendiri..Sama-samalah kita berubah demi kebaikan diri kita..Ameen..


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
 Sumber: http://www.cahayaislam.net

          Marilah kita sama-sama berusaha menuju ke jalan Allah s.w.t..Jalan yang diredhai-Nya..Sesungguhnya penghuni neraka lebih ramai dari kalangan wanita berbanding lelaki..Janganlah kita menjadi salah seorang daripada ahlinya..Nauzubillah...

Allahuakbar!!!