:(

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts
Monday, 10 December 2012
Tuesday, 10 July 2012
niat...
Assalamualaikum...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
![]() |
Ya, anda betul..Segala sesuatu itu bermula dengan niat..Maka sama-samalah kita perbetulkan niat kita, bersihkan hati dari segala sifat2 hasad dengki, buruk sangka etc..Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Ramadhan yang mulia bakal menjelma tak lama lagi..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Dan semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada kita semua..Ameen..(terasa diri banyak dosa t__t)
p/s : teringat masa kecik2, orang laen sibuk berterawikh, aku & the geng sibuk maen mercun tak ingat dunia..nostalgia sangat :)
Wednesday, 4 July 2012
Kelebihan Nisfu Sya'ban...
Assalamualaikum...
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
"...Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri...”
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:
“...Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1) Memperbanyakkan puasa sunat.
- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
2) Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
- Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”
3) Bertaubat
- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.
p/s : Just copy & paste from other people..Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan..Wallahualam...Salam Nisfu Sya'ban 1433H untuk semua umat Islam :)
Tuesday, 3 July 2012
Jarak, aku & dia...
Assalamualaikum...
Bila bercerita tentang cinta jarak jauh atau dalam bahasa indon, Long Distance Relationship (LDR), tak semua orang mempunyai pendapat yang sama..Masing2 ada pendapat tersendiri..Ada yang cakap cinta jarak jauh akan membuka peluang kat pasangan untuk curang la, tak kurang jugak yang cakap jauh di mata, mesti jauh di hati la bla bla bla..Ada sesetengah orang tak tahan hidup jauh2, cepat bosan bila tengok orang laen asyik berkepit especially kawan baek sendiri..Kene tinggal sorang2 bila kawan baek keluar dating pastu mula pikir yang negatif jer iskh3..
Tapi bagi aku, tak semua jadi macam tu..Depend pada pendapat masing2 la kan..Aku sendiri mengharungi LDR nie sebelum bertunang lagi..Almost 3 years ++ dan alhamdulillah masih berkekalan sehingga sekarang..Sejujurnya aku harap hubungan kami sampai ke hujung nyawa ameen..Kalau dulu dia di Kuantan, aku di Kemaman..Masih boleh berusaha untuk berjumpa seminggu sekali sebab jarak takdelah jauh sangat..Tapi sekarang, dia dah tinggal di Kuala Lumpur dan aku masih di Kemaman..Agak mustahil untuk kami berjumpa seminggu sekali sebab jadual cuti yang berbeza..Kalau di Kuala Lumpur haruslah cuti Sabtu & Ahad, tapi di pantai timur cuti Jumaat & Sabtu..Berlaku kecelaruan masa untuk berjumpa disitu dan memang takkan sempat nak jumpa huhu..Tapi hanya satu yang membuat kami terasa dekat sentiasa : KEPERCAYAAN.
Some people said : "Oh cinta jarak jauh takkan bertahan lama"..Tapi kat sini aku nak bagi tips sikit untuk sape2 yang senasib ngan aku, tapi tak yakin dengan hubungan itu sendiri hoho :
Plus, good communication sangat penting untuk sape2 yang mengharungi LDR nie..Sekarang kan zaman IT, canggih-manggih tak macam dulu pakai surat letak bedak wangi bagai..So, ape guna teknologi tanpa aplikasi ye dak?? Belasah la YM ke, BBM ke, Skype pun ok buleh tengok si dia yang tersayang secara live dari stadium bukit jalil hehe..Pastikan anda sentiasa bertanyakan perkembangan pasangan masing2, how was their day etc.
Bila di pikir-pikir balik kenapalah tuhan letak kami jauh2 macam nie, kenapa la si dia tak dapat selalu ada untuk aku..Tapi aku pikir positif, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Mungkin jarak ini untuk menjaga batas2 antara aku dan dia..Mungkin jarak ini membuatkan aku lebih berdikari..Mungkin jarak ini membuatkan cinta kami lebih diberkati..
Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk menjalani jalan-Mu ini..Terima kasih kerana memberikan jarak ini kepada aku dan dia.

1st thing : trust your partner bebeh :) |

I'm in love with a guy who lives 350km away from me... |
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Monday, 2 July 2012
Hadis untuk renungan bersama...
"...Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri."
- Hadith Riwayat Ibnu Majah
Kita semua manusia, dan juga makhluk-makhluk lain di atas muka bumi ini adalah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Kuasa..Kita ini milik-Nya, daripada Dia kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali..Lalu siapalah diri kita jika kita ingin menolak hukum yang telah ditetapkan oleh-Nya??? Hebat sangatkah kita untuk menentang-Nya??? Hukum buatan manusia jauh berbeza dengan hukum Allah, yang lebih kepada memberi pengajaran kepada hamba-hamba-Nya..
Renung-renungkanlah..
p/s : Akibat tolak hukum Allah, perang sana-sini..Tengok negara kita sendiri sudah :p
Subscribe to:
Posts (Atom)