Thursday 18 July 2013

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum :)

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar arini dah 9 Ramadhan..Dah 9 ari Ramadhan menyapa kita..Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menyambut Ramadhan kali nie..Yang istimewanya tahun nie, ianya merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan sebagai isteri orang hihi..Tapi sehingga ke saat ini masih belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama Syed J..Dia di KL, aku di Kemaman sebab tuntutan kerja..Insyaallah Sabtu nie, 11 Ramadhan akan dapat menjalani ibadah berpuasa bersama, sahur, berbuka & terawikh bersama2..

Almost 2 bulan kawen, masih belum diberikan rezeki oleh Allah untuk pregnant setakat nie..Tapi di bulan yang mulia nie harap2 doa aku dimakbulkan untuk mendapat zuriat amin..Umur pun dah 26, Syed J nak masuk 29 dah mungkin dah masa yang sesuai untuk membina keluarga..

Bulan puasa nie balik kerja awal, pukul 4..lagi 5 minit nak balik..Selamat menyambut Ramadhan untuk semua..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment